Monday 31 December 2012

Promotion - December 2012 (Collagen Powder)

PROMOSI TAMAT. HARGA NORMAL: RM298

Tak percaya? Sila call HQ Shaklee sekarang untuk pengesahan > 603-5622 3188
OK, ini memang harga berani mati..
Tido bangun balik pun memang tak percaya kan?
Memang murah kaw-kaw punya, tapi untuk Disember 2012 SAHAJA!
So tunggu apa lagi, tinggal lebih kurang 10 hari je promo ni akan berakhir.
CEPATTTTT...KITA CUN RAMAI2. hahahaha..
KONGSI JOM! JIMAT DAN JADILAH PENGGUNA BIJAK.
PM saya untuk keterangan lanjut.
Email : mahujadicantik@gmail.com
Whatsapp/HP : 012 6649487




Sunday 30 December 2012

Fungsi dan kelebihan Lecithin

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung


Kebaikan ESP (again)

Kenapa saya cakap ESP ni bagus dan kenapa amalkan mengambil ESP secara konsisten boleh mencantikkan kulit..baca seterusnya untuk faham kenapa protein itu penting..
 
Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water

2. 25% Protein

3. 8% Fats

4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)

2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)

3. Liver (penyakit hati)

4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)

5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)

6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)

7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)

8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)

9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)

10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)

11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)

12. Irritability (Badan menggeletar)

13. Fatigue (Letih lesu)

14. Weakness (Lemah)

15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)

16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)

17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Kelebihan ESP ini ialah;

Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)

Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.

Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Jadi, dapat ESP anda hari ini dan jadikan ia minuman harian anda!
Call/SMS/Whatsapp: Nana - 0126649487
Id: 911101
 

Wednesday 19 December 2012

GLA complex dan Kelebihannya

Adakah anda mengalami masalah jadual haid yang tidak teratur?
Adakah disebabkan jadual haid yang tunggang langgang menyebabkan kulit muka sentiasa ditumbuhi jerawat?
dan adakah disebabkan kitaran haid yang tidak seimbang menyukarkan kita untuk hamil...?
Jika jawapannya YA!
Saya mencadangkan anda cuba GLA Complex dari Shaklee ini!
GLA complex ini adalah lain daripada yang sentiasa kita lihat ada di pamasaran.
Kenapa saya kata macam tu
Kerana?...
GLA, with Vitamin E dan Minyak Benih Bung.a Matahari (Sunflower Seed Oil)
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid
setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita
untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan
mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah salah satu sumber
asid lemak Omega-6*. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel*.
-menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid*
-menyokong sistem imun badan*
-minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
Hubungi distributor sah Shaklee anda sekarang
Nana (ID 911101)
SMS/Whatsapp : 012 6649487


Tuesday 18 December 2012

Kesan dari kekurangan Nutrisi

Dah selesai tahu kenapa perlukan supplement, mari kita audit pulak..
Ape kesan kekurangan nutrisi / lacking of nutrients might cause of..

Penuaan pramatang
Kelesuan
Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
Keguguran rambut
Osteoporosis
Kulit bermasalah
dan banyak lagi..

See.......lihatlah..bertapa pentingnya nutrien/supplement untuk support keperluan hidup kita.
Sebab tu jangan dikata tua sebelum usia :)
Jadi, pilihlah yang terbaik buat anda dan keluarga anda !

Monday 17 December 2012

Kenapa perlunya supplement?

OK , entry kali ni adalah berbentuk perkongsian. Tetapi masih berkait rapat dengan Shaklee ( of course)
Ingin disini saya kongsikan kenapa setiap orang itu perlukan supplement?

Mungkin ada sesetengah orang berkata..
~ kenapa perlu supplement sedangkan kita boleh je makan raw food, dapat la khasiat disitu
~ kenapa perlu supplement kalau kita sendiri boleh sihat dengan makan good food and exercise. betul..
~ kenapa perlu supplement kalau asyik bergantung pada supplement je sampai bila???

Ok, meh sini kita fikir dan renung2kan..kenapa kita perlu supplement

Pertama
Faktor pencemaran yang sudah tentu kita ni mudah terdedah kepada penyakit. Bila dah senang kena penyakit, berjangkit-jangkit pulak tu..jadi apa yang kita dapat? Sebab tu supplement itu perlu untuk boost kan imunisasi badan kita..

Kedua
Faktor corak pemakanan rakyat kita khususnya..pagi makan nasi lemak, tghari lauk maska lemak, petang plak pekena teh tarik, malam makan burger la, nasi lemak la..haa..corak pemakanan je dh tak betul, so ape je sume ikut tekak. so nampak tak perlunya supplement untuk support sistem dalam tubuh badan kita? sebab kita makan ikut sedap rasa tapi bukan ikut keperluan badan demi kesihatan berkekalan.

Ketiga
Faktor usia yang mana mungkin keperluan badan kita terhadap sesuatu sumber/nutrien itu tidak mencukupi. Ia melebihi daripada apa yang ada dalam badan. Jadi supplement lah tempat kita mendapatkan sumber yang mencukupi untuk support keperluan badan..Contoh nak dapatkan vitamin C yang mencukupi mcm 500mg sehari, so sehari kena telan 8 biji limau? Haa gitu? Hari2 try makan tengok..hehe.

Keempat
Khasiat makanan yang hilang daripada cara memasak. Lost of nutrient in food. Contoh sayur..yer mungkin you makan sayur, tapi you pasti ke semua khasiat sayur itu masih kekal pd raw vege tu sendiri. Jadi di sini lah perlunya supplement.

Kelima
Corak kehidupan. Dengan keadaan yang kita lihat suami isteri bekerja, sibuk dan tiada masa untuk menjaga kesihatan, bila masa anda pergi bersukan, bila masa anda sempat untuk masak sendiri untuk memastikan khasiat makanan tadi kekal terpelihara..jadi supplement itu lah untuk anda support keperluan badan

Keenam
Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan..kiranya apa yang berkhasiat you makan tak dapat diserap sebaik mungkin atas faktor pemakanan yang lain. Jadi usaha itu adalah sia-sia..

dan banyak lagi yang perlu disenaraikan..
Ini adalah sebahagian daripada apa yang saya perhatikan dan kaji dan baca serba sedikit kenapa kita perlu ambil supplement. Ada masa, saya akan kongsikan lagi serba sedikit, kenapa supplement itu penting untuk setiap individu..


Sunday 16 December 2012

Testimonial Shaklee 1

Dalam duk promote product, tak sangka ramai je dalam diam kawan2 kita dah
lama mengamalkan product dari Shaklee ni..
Nak ikutkan saya pun dah lama kenal Shaklee ni. suami dulu penah suatu ketika dulu join SHaklee
tahun 2001. wah 10 tahun lepas.. teringat cara konvensional dia approach customer and explain
kt saya ape product yang bagus ketika tu. masa tu kita student, so duit pun so-so.
Tengok harga leh tahan gak.. huhu..Tapi Shaklee sekarang tak lagi..Harga mampu milik dan orang kita
pun well-educated. Dah paham keperluan2 utama badan yang kadang2 memang sangat meruncing diperlukan di zaman serba canggih dan mencabar. Penyakit pun banyak! Marketing plan yang direkabentuk bawah group2 tertentu pun dah sangat cantik..
So cerita asal, seorang kawan telah berkongsi testimoni pendek dengan saya. So saya pun apa lagi,
print screen and share with others. So kata kuncinya, tak salah mencuba. Untuk kebaikan dan kesihatan kita jugak.
So jom borong vitamin C!! Vitamin terlaris di pasaran Shaklee ketika ini =)


Sila email terus ke mahujadicantik@gmail.com untuk keterangan lebih lanjut.
OR
Whatsapp/SMS : 012 6649487

Saturday 15 December 2012

Basic Skincare (RAHSIA KULIT CANTIK)

Banyak dikalangan masyarakat kita tidak tahu keperluan supplement ini sebenarnya..
Kadang-kadang kita terlepas pandang disebabkan kesibukan jadual kehidupan seharian, mungkin?
Yer, saya pun tak terlepas dari permasalahan yang kadang membelenggu diri.
Kita nak cantik, nak jugak berketerampilan, tapi dalam masa yang sama kita sibuk dengan kerjaya, anak-anak yang kian membesar, tambahan pulak suami jauh ( saya ler tu..sob sob)..
Ok bukan nak cerita pasal kesemua tu menjadi halangan yer.
Jadi disini, jangan lah disebabkan faktor di atas, kita abaikan kesihatan dan juga penampilan..
Kebiasaannya, atas faktor kesibukan jugak lah kita abaikan diet pemakanan kita. Makan ikut sedap tekak?
Makan asal boleh untuk alas perut? Semua itu lah penyumbang kepada kesihatan dan penampilan.
Kenapa saya cakap penampilan? Pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan kulit kering? kulit berminyak? kulit kusam? Yerr kita tahu, sayur-sayuran dan buah-buahan la sumber terbaik untuk mendapat kulit yang cantik. Tapi sejauh mana kita pasti kandungan yang diperlukan untuk ambil setiap hari untuk mengekalkan kulit yang sihat, cantik dan bersinar? Haa..kalau dari dulu memang kita makan 8 biji sehari limau, pastu makan tomato berkilo2, mesti dah cantik kulit kan? ehehe..tapi mampu ke kita?
So itu perlunya supplement. Untuk mengekalkan supply terhadap demand kulit kita.
So, dah banyak testimoni/bukti yang pengguna Shaklee amalkan untuk bebas dari jerawat ataupun glowing skin bagi yang tidak bermasalah.
Apa dia??
Yess!!! VITAMINS!
Vitamin ape?
Vitamin Bcomplex, Vitamin C dan Vitamin E
InsyaAllah, jika anda amalkan 3 Vitamin ni secara konsisten, masalah jerawat akan terhapus. Memang pelik sebab banyak je kot vitamin dipasaran luaran sana. Tapi Shaklee ni unik!
Hasil kajian Dr Forrest C Shaklee ni lah yang pertama menghasilkan mineralised vitamin. Sebab tu dah banyak terbukti bila makan 3 vitamin ni, jerawat beransur hilang..sebab tu lah, kecantikan bermula dari dalam. Hilangkan jerawat dulu, dan kemudian nak pakai apa sahaja skincare pun akan rasa confident.
Haa masa tu kalau nak pakai auramaya pun rasa best je..hehehe..
Apa kelebihan 3 vitamin tu? Meh baca sini..

Vitamin C Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Kelebihan dia memanglah tidak lain dan tidak bukan, kemampuannya untuk bertahan/sustain dalam badan untuk beberapa jam berbanding dengan vitamin C yang lain. Kerana vitamin C adalah sejenis vitamin yang mudah larut. Jadi ia tidak mampu bertahan lama berbanding dengan Vit C shaklee yang telah dihasilkan istimewa untuk bertahan beberapa jam sebelum dihapuskan. Ia juga adalah anti oksida yang baik yang melindungi sel. Vitamin C adalah asas penting dalam penghasilan kolegen. Vitamin C membantu dalam proses pemulihan kulit terutama apabila tercedera.

Shaklee claim: All-Natural Vitamin C Delivered Hour After HourOur body loses vitamin C during everyday activities.  Sustained Release Vita-C helps with the continuous replenishment of this vitamin.  All natural Sustained Release Vita-C 500mg helps to provide vitamin C as needed. Vitamin C helps to support healthy bones, teeth, gums, as well as the general make-up of the body.

Vitamin E complex
 Anti oksida yang baik dan sangat powerful dalam penjagaan kulit. Mampu mencerahkan parut dan memulihkan luka. Melembabkan kulit juga mengurangkan kedutan.

Shaklee claim: Vita-E Complex contains naturally occurring vitamin E (d-alpha tocopherol) from vegetable oil. It also contains selenium, which complements the activity of vitamin E. 

Each softgel capsule provides:
•    400IU of naturally sourced vitamin E and 10mcg of selenium.
•    Helps in the maintenance of good health.
Vitamin B complex
Perasan tak kalau kita stress ke apa, jerawat mesti naik. Or unhealthy eating habits, main terjah je makan apa sahaja pun boleh punca kepada jerawat. Jadi, itu pentingnya vitamin B complex ni. Sebab kalau kita mengalami stress, makan tak tentu pasal ni, sebab tu jerawat pun menyinggah..sebab? sebab kehilangan vitamin B ni lah..so kena lah amik supplement to cover up your vitamin B ni..so baca bawah ni apa yang Shaklee explain..

Shaklee claim: B Vitamins Are Essential for Good HealthAre you getting enough B vitamins? Everyday stress, unhealthy eating habits and some prescription drugs can increase the risk of depleting your B vitamin supplies. Therefore, B vitamins are essential requirements in our healthy diet.

Perfect Balance, Perfect B
Shaklee B Complex offers a perfect balance of all eight B vitamins to help in maintenance of good health.
•    B1, B2, B3, B6, biotin and pantothenic acid help the body to
      metabolize proteins, fats and carbohydrates into energy.*
•    Folic acid and B12 help in the formation of red blood cells
      in the body.  Adequate amounts of folic acid in the diet help
      prevent neural tube defects for women who are planning
      pregnancy before conception and during 12 weeks of
      pregnancy at a dose of 400 mcg daily.

Kesimpulan: Ini lah basic/asas UTAMA keperluan dalaman untuk kulit yang cantik. Maksudnya bebas dari jerawat dan kulit bersih. So amik set D ( Vit C, E, B-complex ) ni..insyaAllah jerawat pun takut nak kuar. hehe..tambah plak makan ESP lagi, maveles la kulit..so apa lagi, jom try SET D Shaklee ni!


"Be Healthier To Look Prettier"

Email terus ke mahujadicantik@gmail.com untuk keterangan lanjut

ESP ( Energizing Soy-protein)

Haa..ini produk kedua yang ingin saya kongsikan bersama anda semua..
apa dia??? Energy Soy Protein? ahaa lebih kurang lah tu..
Yang penting, kalau sebut ESP, orang tau dah..
Memang meletop top top lah..
ESP ni memang banyak kelebihan yang tak boleh disangkal lagi..
Kena makan, rasa, alaminya..
Pasti nak lagi dan lagi dan lagi..hehe..macam siapa? Sayaaa...
Kenapa saya cakap macam tu?
Meh sini dengar baik2 nak habaq mai..
ESP ni saya makan / amik hari2 bersama collagen powder tu tau..
Fuh memang power..Kenapa?

Pertama
Energy booster!!! nama pn energy soy-protein kan..So amik ESP ni, memang bertenaga lah..dapat lak malam tu kena berjaga dengan anak tak sihatnya, meragamnya..so esok tu perlu kerja. ape lagi, ESP lah dulu..memang insyaAllah mata bertahan jugak sehari suntuk di tempat kerja..takdelah layu lesu mesu kt tempat kerja. hehe..sama jugak kalau tak sempat bersarapan, haaa amik je ESP, insyaAllah tak lah lapar kebuluq..see, kelebihan di situ, boleh elakkan makanan heavy mcm nasi lemak, roti canai..secara tak langsung, control appetite tak? so boleh kurangkan berat tak? haa pandai...dan soy-protein tu sendiri mampu mengurangkan kolestrol.

Kedua
Kulit cantik disebab kan Asid Amino yang membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Sebab tu, pengambilan ESP yang konsisten, mampu menghasilkan kulit yang cantik. Sebab dalam ESP ni, ada pelbagai asid amino yang diperlukan tubuh badan. Bende kalau dilihat secara sampingan, memang bonus lah bagi peminat tegar ESP. dah la bertenaga, kurus slim, kulit cantik. Bonus tak?

Ketiga
Mengandungi 5 Vitamin B yang utama, kalsium dan soya. So nampak di sini keperluan yang sangat perlu untuk semua orang. Baik untuk tulang, elok untuk ibu menyusu, membantu menghasilkan susu berkhasiat untuk si kecil. Apa lagi yang anda semua mahu. ESP ni memang the best lah..

Sebenarnya banyak lagi kelebihan ESP ni.. secara keseluruhan, ianya sesuai untuk semua..kerana ibu hamil juga boleh minum, yang menyusukan pun boleh, anak dara pun boleh, lelaki pun boleh..sebab penuh dengan khasiat. All in ONE.
Sihat, Cantik, Kurus = PAKEJ!

"Be Healthier To Look Prettier"

Sebarang persoalan, sila hubungi terus ke mahujadicantik@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Shaklee Collagen Powder (CP)

Sebagai permulaan, sudah tentu saya ingin berkongsi cerita dengan produk apa yang tengah HOT sekarang ni..
Ini bulan Disember kan? Yer, Dec 2012, Shaklee ada promotion buy 6, FREE 1!
Aperr? tak percaya..??
Tolonglah percaya..!!
Tak tipu, barang siapa yang membeli 6 kotak Collagen Powder ni, maka dia akan memperoleh 1 kotak PERCUMA hokey..
Hah, mahal??? Laa, kalau hangpa takmau beli 6 kotak, hangpa kongsi2 la..haa dapat dak?

Ok, saya memang pantang cakap pasal produk HOT di pasaran dan testimoni gempak2 ni..cer tengok testimoni kt bawah ni..lepas 3 kotak customer ni consume CP ni, tengok lah hasilnya..

So saya pun apa lagi, dah mula mencuba CP ni dan sudah pun jatuh cinta..
3 hari saya menggunakannya, dah rasa kelembutan kulit..
masuk dekat 7 hari saya makan, wahhh dah ada yang menegur..
lagi la rasa tak sabar2 nak tunggu 8 minggu pulak..hehe
So tak rugi, ini sebagai pelaburan jugak.
Suami suka, customer pun tertanya-tanya..tak gitu?
So ni selepas saya consume tak sampai pun seminggu...
walaupun belum mencapai target yang diingini, konsistensi tu perlu yer akak-akak, adik-adik..hehe..

So apa yang anda perlu tahu kebaikan Collagen Powder ni yer? Ok meh nak kongsi serba sedikit yang saya tahu pasal Shaklee Collagen Powder ni..

Pertama
Ia daripada fish collagen, yang biasa kita dengar ada pelbagai jenis collagen. So ini adalah salah satu daripadanya.. Collagen ini berbentuk serbuk, sangat pure dan mudah larut..Rasanya seperti tiada rasa apa-apa jika dicampur dengan apa sahaja minuman kegemaran anda..

Kedua
Fungsi collagen itu sendiri yang perlu anda tau seperti diterangkan di dalam gambarajah di bawah. Mencerahkan, mengurangkan garis halus, melembabkan kulit, menegangkan struktur kulit dan sebagainya..So semakin kita meningkat dewasa, semakin berkuranganlah kandungan collagen dalam badan. Jadi, disinilah perlu/pentingnya supplement collagen diambil untuk mengekalkan kandungan collagen kita.

Ketiga
Shaklee CP ni mudah dibawa ke mana-mana, ia disediakan dalam bentuk sachet. So kalau nak ke pejabat ke, bersiar-siar ke, balik kampung ke..bawa saja sachet dan simpan dalam beg tangan. kan mudah? dan dari setiap sachet, kita dah tau keperluan kita seharian tu. Hanya 1 sachet, konsisten selama 8 minggu untuk melihatkan hasilnya..

Keempat
Isi kandungan ataupun ingredient yang perlu anda tahu dalam CP ni, ada pelbagai khasiat untuk keremajaan kulit anda...yang paling penting adalah dari mana sumber collagen itu sendiri. So disini Shaklee terangkan apa ingredient itu dan fungsinya sekali..


Akhir sekali..
Kelebihan daripada apa yang saya lihat selain daripada keanjalan kulit, saya juga dapati, rambut yang sering gugur sudah tidak lagi menunjukkan keguguran yang kronik, kuku juga semakin kuat ( dulu selalu je mudah patah ) dan tapak kaki tidak lagi kering seperti dahulu..
Jadi, jika anda rasa anda perlukan supplement ini atau ini lah supplement yang anda cari selama ini, jom kita borong ramai2 sementara promotion ini masih berjalan...cantik itu subjektif, yang penting sihat.
Jadilah orang yang sihat untuk menjadi cantik :)

"Be Healthier To Prettier"

Email to mahujadicantik@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Your SHAKLEE Independent Distributor

Assalamualaikum warahmatullah..
Bismillahirrahmannirahim..

Tanggal 1hb Disember 2012, saya dengan rasminya menjadi pengguna kepada
produk SHAKLEE..
Selain menjadi pengguna, saya juga terus berdaftar menjadi ahli Shaklee..
Yes, you heard me?
I'm your official Shaklee Independent Distributor
ID No.: 911101


Saya bersedia berkongsi pengalaman dengan anda kebaikan yang saya perolehi
dari produk Shaklee, selain ingin anda rasai apa yang dikatakan oleh Shaklee
"Creating Healthier Lives"