Wednesday 11 June 2014

Bagaimana atasi masalah JERAWAT

Jerawat?

Biasa la tu..
Asal bulan mengambang je.. jerawat pun bertandang. synchronize tak? heheheh..
Tapi ni reality.. betul tak?

Dulu, lepas bersalinkan anak no 2... saya bertekad nak jaga kulit wajah.
sebab masa tu, lepas bersalin kan kulit terasa begitu bersih?
mungkin sebab darah kotor keluar bersama ketika bersalin..
bersih sangat kulit ni ...

Masa dalam tempoh pantang, mula la online shopping tengok product ape yang berkenan..
tak cukup dengan product, collagen ke supplement.. memang semangat nak amalkan.
Kulit saya pun dikategorikan berminyak, maka jerawat adalah tetamu wajib setiap bulan.. :D

So al-kisah bermula penjagaan wajah, selain dari skincare yang sesuai, saya teruja untuk amalkan supplement.
Perasan atau tidak, kalau masa pregnant, selalu kulit rasa macam sihat je..
Tapi sedar tak masa pregnant lah kita banyak amalkan supplement..
Vitamin C la, multivitamin lah.. maklumlah, untuk kesihatan / keperluan baby..
So, kenapa masa pregnant je?
Kan supplement ini perlu untuk kehidupan seharian kita?

Haaaa.. itu la pentingnya supplement untuk hidup yang sihat dan kulit yang sihat..
So rahsianya, macamana kulit saya bertambah baik dan sihat, saya amalkan 3 supplement penting ( ada juga yang lain, tapi kalau list kan esok pun tak habis )..
3 ni penting kerana saya pentingkan kesihatan kulit saya..
Daripada kerap berjerawat, jerawat semakin terkawal dan susah nak timbul.

Supplement tersebut ialah - Vitamin C, Vitamin E dan Bcomplex.
Iye... memang bila saya dah amalkan secara berbulan2, kulit saya lebih sihat, complexionnya lebih bagus..
Tidak lah orang kata warna kulit tidak sekata, kulit berjerawat.. wuuu sungguh ngeri kan??

Vitamin C dan E ini memberi pengjagaan kulit dari dalam..
Kalau keperluan dari dalam terpelihara, insyaAllah anda akan dapat atasi masalah luaran..
Penjagaan luaran itu juga penting kerana kulit kita terdedah dengan pencemaran dan matahari, tapi mulakan dari dalam, jadikan ia amalan.. InsyaAllah anda akan dapat kulit yang sihat :)

Pastikan minum air secukupnya..
Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan kurang penyerapan dan menyebabkan healing crisis yang teruk ..




Note: Vitamin E memang terbaik, promosi bulan June 2014 memang menepati impian anda untuk dapatkan vitamin E.