Monday 29 April 2013

Sembelit bagi ibu hamil

Normalkah bagi seseorang ibu hamil itu mengalami masalah pembuangan?
Atau adakah anda rasa sembelit sudah menjadi sebahagian dari kehidupan anda.

Kenapa ketika hamil, masalah sembelit sering terjadi?
Sembelit boleh berlaku pada sesiapa sahaja malah pada ibu yang hamil.
Tahap kebiasaan kita dengar ibu yang mengandung mengalami masalah sembelit adalah normal, tetapi mengapa ia berlaku?

Pertama: Seperti yang kita sedia maklum, kurangnya pengambilan makanan berserat di dalam diet si ibu. Serat sangat penting untuk memudahkan proses pembuangan bagi setiap orang
Mungkin si ibu mengalami masalah dengan selera makan, maka corak pemakanan dan pemilihan makanan adalah bersifat terhad dan tidak pelbagai

Kedua: Kurangnya pengambilan air minuman. Ya, kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kita mengalami masalah sembelit tidak kira pada ibu hamil mahupun pada sesiapa sahaja. Jadi, perbanyakkan minum air untuk memudahkan proses pembuangan. Air yang kurang bukan sahaja menyebabkan hidrasi, ia juga akan membawa kesan kepada najis yang keras. Faktor kekurangan pengambilan air ini juga boleh jadi disebabkan faktor rahim yang mengembang seringkali menghimpit pundi kencing menyebabkan kita kerap ingin ke bilik air. Kekerapan untuk ke bilik air menyebabkan ibu mengandung kurangkan pengambilan air minuman. Di sini lah juga punca sembelit.

Ketiga: Ketika hamil, hormon progesterone terhasil lebih banyak yang akan menyebabkan usus memproses makanan lebih perlahan. Keadaan rahim yang membesar juga punca ia menekan secara fizikal pada usus. Ini menyebabkan keadaan menghalang pergerakan najis ke usus besar dan rektum.

Keempat: Pengambilan zat besi ketika hamil juga boleh menyebabkan najis menjadi keras. Oleh itu, perlunya ibu hamil minum air masak secukupnya. Jangan biarkan sembelit berlarutan sehingga bersalin kelak.

Tips:
1) Makan makanan berserat lebih banyak contohnya sayur-sayuran, buah-buahan..

2) Perbanyakkan minum air masak sehingga 8 gelas sehari

3) Pengambilan supplement juga adakalanya membantu untuk proses pembuangan lebih mudah contohnya Ostematrix. Ostematrix dari Shaklee adalah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang amat diperlukan ketika hamil. Kadangkala ketika hamil, banyak supplement yang tidak dibenarkan ambil oleh ibu hamil, jadi Ostematrix adalah salah satu cadangan yang dapat menyelesaikan masalah sembelit ini. Ramai testimonial mengatakan dengan pengambilan ostematrix, selain khasiat kalsium yang kita perolehi, masalah pembuangan selesai!

Nota kepada semua:
Jangan biarkan sembelit berlarutan walaupun ia kelihatan tidak serius. Tetapi jika dibiarkan sehingga menyebabkan buasir ataupun najis berdarah. Dikhuatiri buasir yang dialami ketika hamil akan menyebabkan ia berlarutan sehingga selepas bersalin dan rawatan susulan perlu dilakukan.
Ramai ibu-ibu yang buasirnya menjadi teruk selepas bersalin kerana proses meneran ketika bersalin menyebabkan ia menjadi lebih serius.

Dapatkan Ostematrix dari distributor terdekat anda


Hubungi saya:
Musliana
ID : 911101
HP: 0126649487
Email : mahujadicantik@gmai.com
Pos ke seluruh Malaysia, COD di Seremban

"Be Healthier to LOOK Prettier"

Tuesday 23 April 2013

Bagaimana Lecithin bekerja?

Dulu saya pernah kongsikan fungsi dan kepentingan Lecithin sebagai pemecah lemak.
Berkata memang mudah, tapi tidak semua orang mampu buktikan ia sebagai pemecah lemak..

Dapatkan info apakah itu Lecithin yang diguna pakai oleh pelanggan kami sebagai pemecah lemak dan kekal sihat serta bergaya di sini

Dan juga tonton video
 ini sebagai bukti bagaimana Lecithin berjaya memecahkan minyak kepada molekul lebih halus.