Sunday 5 May 2013

PRU13 - Gelombang pilihanRAYA

Suka melihat semangat anak-anak malaysia yang inginkan kemakmuran dan kesejahteraan bagi semua pihak.
Macam hari RAYA!
Semua pulang ke kampung..
Semua menyuarakan kesedihan..
Semua menyuarakan semangat.
Semua menyuarakan kegembiraan..

YA, tak salah..semua punya hak.
Malah PRU kali ni, semua melontarkan pendapat masing2 di tempat..
kini semua ada peluang..walaupun sekadar keyboard-warrior..
Tapi kalian kadang-kadang lupa dengan mata yang membaca dan memerhati..

Jaga tuturbahasa jangan kelak memakan diri..
Ini lambang keperibadian masing2 yang dibawa bagi pihak parti masing2..
Yer, blog ini bukan blog politik..
Tapi sesekali membawa / mengikut arus semasa, tidak la rasa bosan asyik cerita pasal kesihatan ( walaupun penting ) ajer kan?

Eh mengundi or berkempen, kesihatan perlu jaga juga kan?

So kepada yang menang, Tahniah dari admin.
Jalankan tugas anda seperti yang di amanahkan..
Jangan seronok sebab menang ajerrr OK..
Amanah rakyat, tanggungjawab besar pada negara.
Semua di bahu ANDA!

Kepada yang kalah, bukan kalah selama2nya..
Bukan kalah di hati penyokong anda..
Anda tidak kalah, anda hanya belum berpeluang untuk menang aje.
Masa ajer akan menentukan..
Kuasa semua di tangan yang MAHA ESA.

Kita doakan yang terbaik untuk negara kita Malaysia untuk terus maju, aman dan berlandaskan Alquran dan sunnah..supaya semua tidak alpa.

Amin..

Alhamdulillah, negaraku masih aman.

Stress ke? Tunggu result PRU13 pun stress? Nah, pi telan b-complex

No comments:

Post a Comment