Thursday 20 November 2014

16 SIMPTOM AWAL SERANGAN JANTUNG

Ramai orang yang tidak sedar akan masalah yang mereka hadapi berkaitan jantung.
Samada serangan jantung ataupun masalah jantung yang lain. 
Mari kita kenali simptom-simptom yang boleh di kenalpasti sebelum ia membawa padah. 

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3. Lidah terasa tegang dan pendek.
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10. Rasa keletihan sepanjang masa.
11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12. Degupan jantung tidak menentu.
13. Nafas terasa pendek.
14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda
************************************************************************************
Iklan: Dapatkan phytocol Shaklee untuk merendahkan kolestrol anda bagi mengelakkan masalah serangan jantung. 
Omega guard juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia boleh mencairkan darah dan memudahkan ia membawa oksigen ke jantung kita.

Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma : Musliana | 012 6649487

No comments:

Post a Comment