Wednesday 13 February 2013

Kenapa pentingnya Omega 3 pada ibu mengandung?

Kita sering dengar setiap orang war-war kan keperluan bagi seorang ibu yang hamil untuk mengambil Omega 3 sebagai makanan tambahan.
Kenapa?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.
Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Jadi kita tahu di dalam Omega 3, terdapat DHA yang sering kita dengar terdapat di dalam susu formula atau Omega 3. Kelebihan daripada DHA yang di ambil dapat menyokong:

•untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi
•mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi
• digunakan selepas bersalin untuk menghasilkan susu ibu
•untuk perkembangan sistem saraf otak bayi
•mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi
•mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung

Oleh itu, kepada ibu hamil sekalian, mari lah kita mulakan pengambilan Omega 3 ini seawal 3 bulan kandungan dan semoga ia dapat di salurkan kepada anak anda.
Susu ibu sangat tinggi kandungan DHA, sebab itu lah kebanyakan susu formula menambah baik kandungan susu tersebut dengan Omega 3.
Pastikan beri yang terbaik buat si kecil :)





SMS/Whatsapp 012 6649487

"Be Healthier to Look Prettier"

No comments:

Post a Comment